Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Tunggu kakak balik baru Baby sekolah

KUANTAN: “Baby tidak mahu ke sekolah selagi Kakak tak balik,” kata Muhammad Syahmi Aiman Mahadi , 11, adik kepada Siti Nur Fatihah, 15, yang dipercayai diculik dua lelaki dan seorang wanita ketika pulang dari kedai 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, Ahad lalu.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Abdul Fakeh Abdul Samad itu yang dipanggil ‘Baby’ berkata, dia akan menunggu kakaknya pulang baru bersemangat belajar selepas melihat sendiri Nur Fatihah diseret ke dalam kereta.


“Baby nak tunggu Kakak. Ketika kejadian Baby sempat menjerit tapi tiada siapa datang tolong,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia rapat dengan Nur Fatihah dan sempat menarik tangan kakaknya ketika seorang lelaki mengheretnya masuk ke kereta, namun tidak berjaya menghalang.


Katanya, ketika berjalan ke kedai itu, Nur Fatihah sempat bertanya apa akan dilakukannya jika sesuatu berlaku kepadanya.


“Baby diam kerana tidak tahu macam mana nak jawab. Sebelum itu kakak ada cakap dia tidak sedap hati,” katanya.

Sementara itu, kakak angkat mangsa, Nur Syahfitri Fakri, 18, berkata, dia terkejut dengan apa yang berlaku dan hanya mengetahui kejadian itu melalui media, semalam.


Dia yang bekerja di kedai makan berdekatan premis mangsa membeli kad prabayar, mengenali Nur Fatihah sejak gadis itu berusia 12 tahun

“Kebetulan ketika kejadian berlaku, tempat kerja saya tutup. Nur Fatihah memang seorang yang peramah serta mudah mesra.


“Kemesraannya membuatkan ramai lelaki meminatinya namun Nur Fatihah bukan jenis suka melayan,” katanya.


Menurutnya, mangsa turut aktif dalam silat gayung.


Ketika ditanya sama ada mangsa mempunyai teman lelaki, Nur Syahfitri tidak menolak kemungkinannya.


“Saya rasa ada kot...” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: