Partime Job

Monday 19 March 2012

Tanam mayat di pantai

BEAUFORT: Misteri kehilangan seorang pemandu teksi sejak empat hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dengan kesan jerutan dipercayai dibunuh sebelum ditanam di Pantai Sawangan, Kuala Penyu, di sini.

Mayat Chin Kui Fui, 42, ditemui tertanam di pantai itu jam 5 petang kelmarin susulan tertangkapnya empat suspek remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun, Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis menyatakan Chin tidak pulang ke rumahnya di Mesapol, Sipitang selepas keluar, 14 Mac lalu.

“Polis melancarkan gerakan dan menemui teksi mangsa dinaiki dua remaja di Jalan Simpang Tiga, Sipitang-Tenom sehari kemudian.


“Kedua-dua remaja itu ditahan dan soal siasat ke atas mereka membawa kepada penahanan dua lagi rakan di Sipitang dan bandar ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Menurutnya, siasatan awal mendapati semua suspek menahan teksi dipandu mangsa di Sipitang dan meminta dihantar ke Beaufort. “Hasil soal siasat, sepasukan polis menuju ke Pantai Sawangan dan menemui mayat mangsa ditanam dengan kesan jerutan di leher. Suspek mengaku menyamun wang RM220 lalu membunuh mangsa sebelum melarikan teksi miliknya,” katanya.

Mustaffa Maarof berkata, bedah siasat mendapati mangsa maut akibat gagal bernafas kerana dijerut.


“Semua suspek pendatang asing tanpa izin dan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: