Partime Job

Tuesday, 13 March 2012

Susulan isteri bunuh suami lumpuh : Tak mahu jadi beban keluarga


TELUK INTAN - Tidak mahu jadi bebanan kepada keluarga punca seorang wanita sanggup mengelar leher suaminya sebelum bertindak menikam leher sendiri dengan gunting, dalam kejadian bunuh di Taman Eastern Garden, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, polis dapati wanita warga emas itu mengambil tindakan itu kerana tidak mahu menjadi beban keluarga selepas suaminya lumpuh setahun lalu akibat angin ahmar.


Menurutnya, suspek berusia 71 tahun yang masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan kini dalam keadaan stabil.

Katanya, ketika siasatan, suspek menyatakan telah memberitahu suaminya tentang niatnya sebelum ini, tetapi tidak pasti sama ada mangsa setuju atau tidak dengan tindakannya.

“Suspek mengaku kepada polis dia bunuh suaminya dan ingin mati bersama dengan mangsa kerana tidak mahu menjadi beban keluarga mereka,” katanya ketika ditemui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan, seorang isteri dipercayai mengelar leher suaminya yang merupakan pesakit angin ahmar dan lumpuh separuh badan sebelum cuba membunuh diri, pagi kelmarin.

Kejadian disedari menantu mangsa berusia 41 tahun yang tinggal bersama pasa­ngan itu pada jam 8.15 pagi apabila menjenguk ke dalam bilik mangsa.

Mangsa yang berusia 76 tahun maut di tempat kejadian dan ditemui terbaring atas katil dengan kesan kelar pada leher.

sumber : sinarharian

No comments: