Partime Job

Wednesday, 14 March 2012

Suruhanjaya kaji isu berbaki penjawat awam

DATUK Seri Najib Razak berkata, pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA dan skim saraan akan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkannya 12 Januari lalu membuktikan kerajaan sentiasa merasai denyut nadi dan mendengar keluh-kesah rakyat.

Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah kerajaan yang didokong rakyat, Barisan Nasional (BN) sentiasa meletakkan kepentingan, kebajikan serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.


“Pembatalan SBPA dan pengenalan semula SSM yang ditambah baik sebahagian besar permasalahan yang dibangkitkan Cuepacs dapat ditangani.

“Bagi isu yang masih berbaki, saya sudah mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya yang akan dianggotai semua pihak berkepentingan termasuk Cuepacs untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, bukan saja babitkan sistem saraan, tetapi rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara,” katanya.


Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengapa kerajaan tidak panggil Cuepacs untuk berbincang berhubung pelaksanaan skim SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan Cuepacs.


Najib berkata, dalam merangka SBPA, kerajaan mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

Beliau berkata, tahun lalu, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat kepada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs pada tahun sama yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman (MoU) mengenai SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs, 28 Disember tahun lalu.


Berlaku sedikit kekecohan apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan berhubung status 36 pegawai kumpulan Primier menerima gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Januari lalu.


sumber : mymetro

No comments: