Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Stuktur rumah semakin condong


SIMPANG – Arus deras daripada kejadian banjir duaminggu lalu menyebabkan rumah seorang penduduk di Simpang Halt, di sini hampir runtuh. Muhd Rizal Awang berkata, keadaan itu membimbangkan kerana struktur rumahnya semakin condong setiap hari.

“Saya risau rumah binaan separa batu dan kayu ini akan runtuh tidak lama lagi, melihat kepada strukturnya yang semakin condong. Saya bimbang kejadian buruk menimpa sekiranya tak ditangani segera,” katanya.

Muhd Rizal berkata, dia hanya bekerja sebagai penjaja, tidak berkemampuan untuk membaik pulih rumahnya.

“Pendapatan yang tidak menentu hanya cukup untuk menampung keperluan keluarga,” katanya.

Katanya, diharap pihak berkenaan dapat melihat keadaan rumahnya seterusnya menghulurkan sumbangan untuk tujuan baik pulih.

Bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan, boleh menghubungi Muhd Rizal di talian 017-566 2559.

sumber : sinarharian

No comments: