Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 26 March 2012

Sindiket samun tumpas

BATU PAHAT – Seorang lelaki warga Vietnam, penjenayah dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes samun di Kota Tinggi berjaya ditangkap di Taman Maju, dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditangkap kira-kira jam 9.30 malam oleh sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, gerak geri suspek yang kelihatan mencurigakan mendorong polis menghampirinya.

“Suspek pada awalnya cuba meloloskan diri, namun gagal.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kelihatan satu objek terjatuh daripada beg sandang yang dibawa suspek dan setelah diamati, objek itu adalah magazin yang penuh berisi peluru,” katanya.

Din berkata, suspek juga cuba mengeluarkan sepucuk pistol jenis Glock dari begnya bertujuan untuk melawan, namun tidak berjaya selepas disedari anggota polis yang bertugas dan bertindak menahan suspek.

Katanya, hasil soal siasat terperinci yang dibuat, suspek mengaku terbabit dalam kes samun di Kota Tinggi bersama tiga lagi kenalannya yang juga warga Vietnam.

“Susulan penahanan suspek, polis kemudiannya berjaya memberkas tiga lagi ra­kan­nya itu di Taman Sri Saga dan Tongkang Pechah.

“Turut dirampas, sejumlah peluru ‘shot gun’ dan pasport antarabangsa dipercayai hasil kegiatan samun mereka dan semua yang diberkas berusia lingkungan 20-an,” katanya.

Beliau berkata, senjata yang dimiliki suspek dipercayai diperoleh hasil kegiatan samun pengawal keselamatan di sebuah kilang di Kota Tinggi.

“Dengan penahanan mereka, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes samun membabitkan kumpulan tersebut di sekitar Ayer Hitam, Tongkang Pechah dan Kota Tinggi.

“Kesemua suspek didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 bagi kesalahan memiliki senjata dengan menyalahi undang-undang,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: