Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 6 March 2012

SBPA KENA KEKAL NAMA JAWATAN

IPOH: CUEPACS mahu semua nama jawatan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) dikekalkan dan tidak ditukar dengan gelaran baru seperti terkandung dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Mengikut SBPA, beberapa nama jawatan ditukarkan seperti Pemandu kepada Pembantu Operasi, Penyelia Asrama ditukar kepada Pembantu Tadbir, Penolong Pengurus Asrama (Penolong Pegawai Tadbir), Pengurus Kolej Universiti (Pegawai Tadbir), Pembantu Penerbit (Pembantu Penerangan) dan Pegawai Penerbit menjadi Pegawai Penerangan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menentang cadangan itu kerana bukan saja bertentangan dengan aspek tugas mereka, tetapi gred bagi jawatan berkenaan juga didapati tidak berkembang. “Bantahan dibuat selepas kita buat tinjauan di seluruh negara, perbincangan dengan Jawatankuasa Bertindak CUEPACS. Selepas dapat maklum balas baru-baru ini, kita tidak bersetuju penukaran gelaran jawatan dalam SBPA,” katanya.

Sumber : cuepacs.blogspot.com

No comments: