Partime Job

Thursday 22 March 2012

Rumah tanpa penghuni hangus


KOTA BHARU - Sebuah rumah tinggal di Cabang Tiga, Pengkalan Chepa, musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.15 petang di sini semalam.

Rumah terbabit yang dipercayai ditinggalkan pemiliknya hampir berpuluh tahun lamanya kini tidak lagi dihuni setelah keluarga terbabit berpindah.

Seorang saksi, Hafiz Mohd Nawi, 27, dia hanya menyedari api marak dari rumah terbabit kira-kira jam 5.20 petang.

“Ketika itu saya sedang berehat dalam rumah, saya dikejutkan dengan bunyi letupan lalu, saya keluar dari rumah dan melihat api marak.

“Tanpa berlengah saya serta beberapa jiran cuba menyelamatkan diri kerana rumah saya hanya terletak kira-kira 20 meter dari rumah terbabit,” katanya.

Hafiz berkata, dia meminta tolong seorang jirannya, menghubungi pihak bomba setelah melihat api kian merebak.

“Saya sudah lama menetap di sini dan ini merupakan pengalaman pertama melihat kebakaran benar-benar berlaku di hadapan mata.

“Mujurlah ketika kejadian jiran cepat bertindak, jika tidak mungkin rumah saya dan empat lagi rumah berdekatan akan terbakar,” katanya.


sumber : sinarharian
Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Pengkalan Chepa, Mohamad Ismail berkata, dua jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setakat ini kita masih lagi mengenal pasti punca kejadian dan kerugian dianggarkan berjumlah RM2,000,’katanya.

No comments: