GEORGETOWN - Seorang remaja mati lemas ketika sedang mandi di air terjun di Titi Kerawang, Teluk Bahang, dekat sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata pada kejadian pukul 2 petang itu, mangsa, Ahmad Hazwan Yusuf Hamdami, 19, dikatakan mandi bersama beberapa rakannya sebelum dihanyutkan arus deras.
"Mangsa yang pandai berenang dilaporkan hanyut kerana ditolak arus kuat sebelum tenggelam," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata mayat Ahmad Hazwan ditemui oleh orang awam beberapa meter dari tempat kejadian tidak lama selepas insiden itu.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat remaja itu telah dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat," katanya.
sumber : sinarharian
No comments:
Post a Comment