Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 21 March 2012

Rangkaian TV Oprah terpaksa buang 30 pekerja

LOS ANGELES: Rangkaian televisyen milik Oprah Winfrey, OWN yang mengalami masalah berkata, ia akan memberhentikan satu perlima pekerjanya sebagai langkah menyusun semula operasi mereka di New York dan Los Angeles.

Keputusan untuk memberhentikan 30 pekerja adalah “sukar” tetapi keadaan ekonomi rangkaian kabel tidak mampu menanggung kos OWN, kata Winfrey dalam satu kenyataan.


“Sebagai CEO, saya mempunyai tanggungjawab untuk merancang masa depan demi kejayaan rangkaian ini. Untuk mencapai kejayaan jangka panjang, langkah ini perlu,” katanya. Menurut OWN, tanggungjawab untuk memberhentikan pekerja diagihkan kepada rakan kongsi yang lain, Discovery Communications dan Winfrey’s Harpo Studio.- AP

No comments: