Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 9 March 2012

Rakan selamat 12 anak


ANGKAT...Halim (kanan) bersama rakan menolak teksinya yang dihanyutkan sejauh 150 meter ketika banjir di Kampung Lembah Jaya Utara.
AMPANG: “Saya terpaksa memecahkan siling bagi menempatkan anak dan isteri di bahagian atas selepas air naik ke paras muka menyebabkan kami sekeluarga terperangkap dalam rumah.

“Ketika itu, saya hanya berdoa dan berharap tiada kejadian tidak diingini menimpa keluarga. Mujur rakan datang membantu mengeluarkan kami ke kawasan selamat,” kata mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Halim Mohamad Zain, 48.

Selain terperangkap dalam rumah, Halim juga hilang mata pencarian apabila teksi yang menjadi punca pendapatannya sekeluarga rosak teruk dihanyutkan arus deras sejauh 150 meter dari rumahnya.

Menurutnya, ketika kejadian, isteri serta 12 anaknya berada bersamanya dalam rumah dan tidak menyangka hujan lebat dua jam menyebabkan air naik hingga rumahnya hampir tenggelam.


Katanya, selepas menempatkan anak dan isterinya di bahagian atas rumah, dia cuba mendapatkan bantuan mengeluarkan mereka sekeluarga dari kawasan banjir itu.


sumber : mymetro

No comments: