Partime Job

Wednesday 28 March 2012

Rakan Muda diperluas ke penjara

MELAKA — Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Penjara Malaysia hari ini melancarkan Program Remaja Perdana Rakan Muda di peringkat institusi penjara sebagai salah satu alternatif pemulihan di kalangan penghuni penjara.

Pelaksanaan program yang julung kali dilaksanakan di Malaysia itu dimulakan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas di sini sebagai projek perintis yang dijadikan sebagai pengukur kepada perlaksanaaan di semua Sekolah Henry Gurney, sekolah integriti dan penjara di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan, Wasitah Mohd. Yusof berkata, perluasan skop program memainkan peranan 3P iaitu “Promote, Provide, Preserve” di kalangan remaja terutama di Sekolah Henry Gurney bagi memastikan mereka mendapat peluang sama rata dalam pembangunan kendiri tanpa mengira latar belakang.

"Seramai 6,000 pesalah di penjara Afrika Selatan menyertai program sebegini sebagai program pemulihan dan hanya dua orang kembali ke penjara.

"Jadi kita mengambil model itu sebagai usaha mengurangkan kecenderungan pesalah untuk kembali ke penjara semula,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Remaja Perdana Rakan Muda di Sekolah Henry Gurney di Teluk Mas, di sini,semalam.

Seramai 35 pelajar sekolah tersebut terlibat dalam projek perintis itu. — BERNAMA

No comments: