Partime Job

Monday 19 March 2012

Public akan bayar dividen tunai 48 sen

KUALA LUMPUR - Public Bank Bhd mengisytiharkan dividen 48 sen sesaham bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2011, naik daripada 45.5 sen sesaham sebelumnya, hasil daripada prestasi kukuh.

Keseluruhan dividen berjumlah RM1.68 bilion, mewakili jumlah pembayaran 48 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan tahun lepas.

Pengerusinya Tan Sri Dr Teh Hong Piow berkata kumpulan perbankan itu dijangka mengekalkan momentum pendapatannya dan terus mencatatkan prestasi memuaskan tahun ini, disokong oleh pertumbuhan dalam gadai janji rumah, kenderaan penumpang, pembiayaan sewa beli dan pinjaman pelanggan runcit.

"Prestasi mantap kumpulan pada 2011 mengesahkan kekukuhan berterusan strategi perniagaannya.

"Bank itu akan terus mengekalkan kedudukan penerajuan pasarannya dalam pemberian pinjaman domestik bagi gadai janji kediaman, pembiayaan hartanah komersil dan pembiayaan kenderaan penumpang," katanya pada mesyuarat agung tahunan kumpulan di sini, hari ini. - Bernama

No comments: