Sunday, 11 March 2012
Pesakit asma perlu bantuan sara hidup
KAMPUNG TELONG – Seorang warga emas yang menderita penyakit asma sejak 10 tahun lalu kini buntu memikirkan sumber kewangan untuk menyara hidup keluarganya.
Ibrahim A Rahman,63, berkata, dia perlu berulang-alik ke hospital setiap setiap bulan untuk menjalani rawatan berkala di samping rawatan kecemasan.
Menurutnya, sudah bertahun dia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan dua anaknya yang tidak seberapa.
“Saya sudah memohon melalui beberapa agensi tetapi sehingga kini belum mendapat keputusan. Ada juga yang menolak permohonan saya kerana mereka kata saya ada anak yang bekerja untuk menanggung saya. Sedangkan anak-anak saya sendiri juga hidup susah apatah lagi untuk menanggung saya suami isteri. Isteri saya, Fatimah Mat Diah, 64, juga sakit dan tidak mampu bekerja,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, dua anaknya Mohd Zaid, 22, dan Mamat, 20, hanya bekerja buruh dengan pendapatan tidak seberapa.
Kali terakhir beliau dimasukkan ke hospital ialah pada 23 Februari lalu.
“Kalau saya dimasukkan ke hospital, saya sendirian di sana tanpa duit belanja. Jika kebetulan ada yang prihatin mereka berikan makanan untuk saya apabila lihat saya sendirian tanpa ditemani ahli keluarga.
“Sebab itulah kalau boleh saya perlu sangat bantuan bulanan untuk menampung kos sara hidup saya sendiri yang terpaksa bergantung hidup kepada mesin perubatan asma,” katanya.
Justeru, mereka yang ingin menghulurkan bantuan berkaitan boleh menghubungi beliau di 019 9606887.
sumber : sinarharian
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment