Friday, 9 March 2012
Pengguna semakin 'kebal'
TANJUNG PIANDANG – Pengguna jalan di kawasan Pekan Tanjung Piandang dilihat seolah-olah kebal daripada tuntutan undang-undang apabila kebanyakan penunggang motosikal tidak memakai topi keledar.
Penduduk, Khairul Helmi Azhar, 34, berkata, kebanyakkan pengguna jalan terlalu degil untuk mematuhi undang-undang walaupun menunggang di kawasan pekan.
Menurutnya, setiap kali melalui pekan itu, ia seolah-olah kelihatan seperti pekan koboi kerana tidak ada pemantauan dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Pekan ini sangat sibuk dengan urusan jual beli ikan dan barangan lain tambahan berhampiran laut.
“Bagaimanapun apa yang menjadi persoalan, tidak ada tindakan undang-undang dilakukan kepada penunggang motosikal yang sewenang-wenangnya menunggang tanpa topi keledar,” katanya.
Khairul Helmi berkata, ada sesetengah penunggang motosikal bukan sahaja tidak memakai topi keledar malah menunggang dalam keadaan berbahaya.
“Walaupun kawasan ini dianggap sebagai kampung, tetapi itu bukan alasan untuk pihak berkuasa tidak mengenakan tindakan undang-undang ke atas mereka yang terang-terangan melakukan kesalahan dan melanggar peraturan.
“Saya sudah beberapa kali membuat aduan mengenai hal ini namun, sehingga kini pihak yang terlibat tidak mengambil perhatian,” katanya.
Katanya, dia khuatir akan keselamatan apabila melalui jalan itu terutamanya pada waktu puncak.
“Jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat harus mengiatkan operasi di kawasan ini selain memandang berat terhadap isu berkenaan,” katanya.
sumber : sinarharian
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment