Partime Job

Friday 30 March 2012

Pengetua miliki bom dipenjara 17 tahun

TANGERANG - Mahkamah Indonesia, kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun terhadap pengetua sekolah berasrama di wilayah Nusa Tenggara Barat atas kesalahan memiliki puluhan bom buatan sendiri dan menghasut keganasan.

Abrory M Ali telah ditahan Julai lalu selepas beberapa bom buatannya meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan seorang kakitangan sekolah terbunuh.

Susulan daripada insiden itu, polis cuba untuk melakukan serbuan tetapi pelajar sekolah Umar bin Khatab tersebut cuba menghalang kerana enggan pihak berkuasa menemui bahan letupan dan senjata api yang disembunyikan oleh mereka.

sumber : sinarharian

No comments: