Partime Job

Thursday 22 March 2012

Penduduk enggan sertai kempen tangkap tikus


AMPANG - Kempen menangkap tikus yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak mendapat kerjasama penduduk di kawasan tersebut.

Penduduk mendakwa kempen yang dilancarkan baru-baru ini itu tidak akan membuahkan sebarang hasil selagi sampah sarap yang menjadi punca utama masalah tersebut tidak diselesaikan terlebih dahulu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai, 53, berkata, beliau dan kira-kira 3,000 penduduk keliru dengan matlamat kempen yang disifatkan bukan penyelesaian kepada masalah sampah yang dihadapi mereka.

"Sejak tahun 2008, tahap kebersihan di kawasan ini mula terjejas akibat sifat sambil lewa pihak kontraktor yang gagal melaksanakan tanggungjawab membersihkan longkang serta sampah.

"Selain itu, jadual pengutipan sampah domestik juga menjadi semakin tidak teratur selepas pelantikan kontraktor baharu," dakwanya kepada pemberita di sini semalam.

Jelas beliau, ekoran timbunan sampah sarap yang tidak diangkut, pembiakan tikus semakin berleluasa.

sumber : kosmo

No comments: