Thursday, 15 March 2012
Pemuda sakit mental hilang
GAAL - Keresahan menyelubungi ahli keluarga seorang pemuda yang sakit mental, apabila dia menghilangkan diri semenjak Selasa lalu.
Mohd Shahrizan Noor, 29, dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Batu Berendam di sini kira-kira jam 11.30 pagi seperti hari-hari lain.
Ayahnya, Noor Ismail, 52, berkata, pada hari tersebut, anak tunggalnya itu keluar dan tidak pulang ke rumah seperti biasa walaupun sudah larut malam.
“Kami risaukan keselamatannya kerana walaupun Shahrizan sakit, tetapi hanya dia sahaja anak yang kami ada.
“Sebelum ini, dia pernah menghilangkan diri tetapi berjaya ditemui tidak jauh dari rumah kami,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, anak lelakinya itu setiap hari akan keluar berjalan kaki di sekitar kawasan rumah mereka.
Noor berharap kepada orang ramai yang ada melihat Shahrizan dapat menghubungi mereka dengan segera.
“Jika sesiapa yang ada melihat seorang pemuda merayau-rayau dan kelihatan tidak tentu arah, diharap dapat menghubungi kami di talian 019-9253677 atau 013-9420376.
“Saya mendapat maklumat bahawa Shahrizan kini berada di sekitar kawasan Kota Bharu tetapi sudah dicari dan tidak ditemui,” katanya.
sumber : sinarharian
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment