Partime Job

Wednesday 28 March 2012

Pemilik diberi 3 minggu runtuh kilang

NIBONG TEBAL: Pemilik kilang memproses makanan haiwan di Kampung Valdor di sini, diberi masa tiga minggu untuk meruntuhkan kilangnya di lokasinya ketika ini kerana kedudukannya tidak sesuai disebabkan terlalu hampir dengan kediaman penduduk.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menegaskan akan mengambil tindakan terhadap kilang berkenaan jika laporan Jabatan Kejuruteraan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit mendapati kejadian silo berisi biji jagung pecah, pagi kelmarin disebabkan kecuaian.


Ahli Majlis MPSP, Teoh Seang Hooi berkata, kejadian itu dan keadaan di kilang berkenaan kini dipantau secara langsung oleh Yang Dipertua MPSP di bawah Bahagian Korporat.

Menurutnya, siasatan mengenainya juga membabitkan Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Bangunan dan Pelesenan PBT terbabit.


Katanya, siasatan mendapati kilang berkenaan mempunyai lesen dan beroperasi sejak 25 tahun lalu.


“Kami juga dapati kilang ini menggunakan peralatan dan memproses makanan haiwan mengikut cara lama,” katanya

Teoh berkata demikian ketika ditemui selepas melawat kawasan kejadian silo pecah yang hampir menimbus seorang wanita dan seorang kanak-kanak dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu.

sumber : mymetro

No comments: