KOTA BHARU - Seorang duda yang dikatakan menyerang bekas isterinya dengan mengelar dan menikam berkali-kali muka wanita itu menggunakan gunting di sini, tahun lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Muhammad Roofeza Dollah@Abdullah, 30, dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Duda yang berasal dari Kampung Jabi Besut, Jerteh, Terengganu itu dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Hazita Mohamed, 27.
Kejadian didakwa berlaku pada jam 4 petang di tempat letak kereta sebuah pasar raya, Jalan Pasir Puteh di sini, 20 Jun tahun lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Riffin.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara yang sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.
Bagaimanapun, pada prosiding semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah. Ahmad Bazli kemudiannya menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula kes, sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Sinar Harian, sebelum ini melaporkan, seorang janda cedera parah selepas dikelar dan ditikam berkali-kali di muka, kepala dan leher dengan gunting dipercayai oleh bekas suaminya.
Pergaduhan dikatakan tercetus berikutan pelajar dandanan rambut itu dikatakan menolak permintaan bekas suaminya itu untuk rujuk kembali kepadanya
sumber : sinarharian
No comments:
Post a Comment