Partime Job

Friday 30 March 2012

Pelajar maut dalam kemalangan di Gerik

IPOH - Seorang pelajar terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6 Kampung Bandariang, Gerik malam tadi.

Ketua Polis Trafik Perak, DSP Mohamad Roy Suhaimi, berkata Mohamad Asnawi Ahmad, 16, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gerik.

Kejadian berlaku pada 9.15 malam ketika Mohamad Asnawi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bandariang dikatakan bergesel dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan, katanya ketika di hubungi hari ini.

Mohamad Roy berkata akibat kejadian itu, Mohamad Asnawi tercampak di atas jalan dan mengalami cedera di kepala.

Pemandu kereta terbabit yang tidak mengalami kecederaan kemudian membuat laporan polis. – Bernama

No comments: