Partime Job

Monday, 26 March 2012

Patah ibu jari

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas patah ibu jari dan luka di tangan kiri kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas diserang seorang lelaki yang menceroboh masuk ke sebuah pusat jagaan warga emas di Klang Lama, Khamis lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa berusia 75 tahun kini trauma, namun keadaannya dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan di pusat perubatan berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, pengurus pusat jagaan itu, Maha Lashimi Ramaloo, 51, berkata, penceroboh terbabit masuk ke dalam pusat jagaan berkenaan dari dapur sebelum menceroboh bilik mangsa melalui tingkap.

Menurutnya, ketika kejadian pada jam 1 pagi itu, kebanyakan penghuni sedang tidur menyebabkan suspek mengambil kesempatan memecah masuk sebelum mangsa terjaga.


“Mangsa yang ketakutan kemudian terus menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek yang panik terus menyerangnya dengan pisau dicuri di dapur.


sumber : mymetro

No comments: