Partime Job

Friday 30 March 2012

Pasar tani, TEMAN dilarang jual sayur Thailand

KOTA BHARU: Mulai 2015, semua pasar tani termasuk pasar tani tetap dan Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) tidak dibenarkan menjual produk sayur-sayuran dari Thailand, bagi mengurangkan pergantungan kepada bekalan dari negara jiran itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Noh Omar, berkata beliau sudah mengeluarkan arahan mengenainya dan semua pihak perlu mematuhinya sebagai galakan meningkatkan penjualan sayur-sayuran tempatan.

Katanya, adalah satu kerugian kepada kerajaan yang membangunkan TEMAN membabitkan berjuta-juta ringgit, namun produk hasil negara jiran banyak dijual di situ.

"Dianggarkan lebih 40 peratus produk pertanian terutama sayur-sayuran serta cili yang dijual di TEMAN datang dari Thailand dan ini merugikan kerajaan kerana membelanjakan kos besar untuk menyediakan kemudahan itu.

"Oleh itu, saya putuskan tidak membenarkan sayur-sayuran dari Thailand dijual di TEMAN serta pasar tani, termasuk pasar tani kekal pada 2015, bagi memastikan peningkatan jualan sayuran, selain meningkatkan pendapatan petani tempatan.

"Di samping itu, kementerian juga ingin memastikan negara tidak bergantung sepenuhnya kepada produk daripada negara jiran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Himpunan Bulanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi KADA, Tan Sri Annuar Musa dan Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat.

Noh berkata, dalam usaha memastikan bekalan sayur-sayuran mencukupi untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan menjelang 2015, kementeriannya akan melaksanakan projek perladangan kontrak dengan membabitkan pengusaha di negara ini.

sumber : bharian

No comments: