Partime Job

Wednesday, 28 March 2012

Orang kuat Seniman bertelagah

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi meluahkan rasa kecewa apabila usaha memperjuangkan persatuan yang membela golongan artis itu tidak dihargai sebaliknya didakwa membelakangkan Presiden, Harun Salim Bachik dan ingin merebut jawatan terbabit.

Luahan Zed Zaidi itu sekali gus menunjukkan pergolakan dalam Seniman yang diibarat retak menunggu belah apabila dua pemimpin tertinggi persatuan itu makin jelas tidak sebulu.
Terkilan dengan dakwaan gila kuasa dan cuba ‘melanggar’ presiden, Zed Zaidi dengan keras menyatakan bahawa di bawah pimpinan presiden, sebelum ini persatuan berkenaan tidak langsung kelihatan fungsi sebenar penubuhan Seniman.

Menurutnya, setiap kali mesyuarat atau perjumpaan antara ahli dan jawatankuasa persatuan diadakan, dia (Harun) tidak pernah datang atau tunjuk muka.

“Saya faham, dia sangat sibuk dengan kerjaya seninya termasuk Maharaja Lawak Mega, Teater Cuci The Musical Last Kopek dan Lawak Spontan Astro, namun dia perlu bijak membahagi masa dalam persatuan dan kerjaya seni.


“Saya kerap tampil membuat kenyataan di sidang media tanpa pembabitan Harun bukan untuk merebut jawatan presiden persatuan itu sebaliknya menggerakkan persatuan ke tahap lebih membanggakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

sumber : mymetro

No comments: