Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Optimis tambah 80 induk arnab betina

Arnab Changlun Rabbits, pembekal haiwan herbivor tempatan optimis menambah 80 induk betina bagi me­nga­tasi kekangan pengeluaran bulanan.

Pengusahanya, Siti Zawi­yah Abdul Rahman berkata, ternakan arnabnya dilakukan atas tanah berkeluasan 0.35 hektar dan mempunyai 70 induk betina dan 30 jantan.

Menurutnya, penerimaan baik daripada pelanggan membuatkan syarikat menyasarkan peningkatan jua­lan anak arnab sehingga 200 ekor sebulan.

“Berbanding tahun lalu, hanya 150 ekor anak dapat dilahirkan arnab induk dan menjadi kekangan kepada kami sekiranya permintaan bekalan meningkat.

“Kelahiran anak arnab bagi setiap minggu mencecah 30 ekor. Saya berharap dengan penambahan, situasi ini dapat diatasi,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, sepanjang tiga tahun beroperasi, syarikat mempunyai 20 jenis baka ternakan dan dijual pada harga RM20 hingga RM250 de­ngan purata perolehan setiap bulan mencecah RM2,000. Terdapat juga kekangan daripada segi pengeluaran berikutan induk sedia ada tidak banyak, malah ada di antaranya bermasalah.

“Kami bukan sahaja menjadi pembekal di seluruh Malaysia, tetapi memasarkan ternakan kepada pelanggan yang berminat membeli secara pukal sekurang-kurangnya 30 ekor pada satu-satu masa.

“Bagi pelanggan jauh, kami menghantar menggunakan perkhidmatan bas dengan menumpangkan kotak yang berisi arnab ke destinasi pembeli,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: