Partime Job

Monday, 12 March 2012

Nama Baru Bukit Gasing

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) bercadang menukar nama Bukit Gasing yang terletak di sebelah Lembah Pantai, di sini kepada Bukit Kerinchi.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ia bagi mengelak kekeliruan dengan Bukit Gasing bahagian sebelah Petaling Jaya dalam negeri Selangor.


“Saya meminta pegawai undang-undang mengkaji isu ini dan diberitahu ia boleh dilakukan, cuma perlu ikut prosedur berkaitan isu penukaran nama,” katanya selepas melancarkan program pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar di sini, semalam.


sumber : mymetro

No comments: