Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 19 March 2012

Mu sound apa kat aku tadi


KUALA TERENGGANU - “Mu sound apa kat aku tadi.”

Itulah ayat yang dikeluarkan seorang pemuda sebelum bertindak menumbuk mulut dan pipi kanan rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di Lorong Jejawi, Kampung Jeram, Manir, di sini, 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, perbuatan tertuduh, Mohd Aisaruddin A. Rahim, 26, dari Lorong Pengkalan Jejawi, Jeram, Manir, yang dianggap tidak profesional itu mengundang padah setelah dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman tersebut dijatuhkan Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh yang bekerja sebagai buruh itu mengaku bersalah dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Anas Sufrry Shaari pada jam 9 malam di Lorong Jejawi, Kampung Jeram, Manir, di sini, 8 Mac lalu.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu dengan menggunakan tangan, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, mangsa, seorang pelajar tingkatan empat telah didatangi oleh tertuduh semasa sedang ‘lepak’ di rumah rakannya di Lorong Jejawi, Kampung Jejawi, Manir, di sini.

Apabila ternampak mangsa, tertuduh terus berkata ‘Mu sound apa kat aku tadi’ lalu tanpa memberi peluang kepada mangsa untuk menjelaskan perkara sebenar, tertuduh terus menumbuk mulut dan pipi kanan mangsa lalu melarikan diri.

Atas kejadian itu, mangsa mengalami luka, calar dan benjol pada dahi sebelah kanan, luka dan calar di belakang telinga kiri serta luka atas ibu jari kaki kanan.

Tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian rupa, mangsa membuat laporan polis dan tertuduh ditahan pada 15 Mac lalu kira-kira jam 12.30 tengah malam.

sumber : sinarharian

No comments: