Partime Job

Wednesday, 7 March 2012

Menteri tandatangani dokumen ekstradisi

JOHOR BAHRU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau baru menandatangani dokumen ekstradisi seorang warga negara Iran dan akan diserahkan kepada mahkamah tidak lama lagi.

Menurutnya, Thailand mahu mengekstradisi lelaki terbabit berkaitan kejadian pengeboman di negara itu, bulan lalu.


Katanya, Malaysia serius membanteras keganasan dan bekerjasama dengan negara di rantau ini bagi memastikan selamat daripada ancaman pengganas.

“Jika negara asal meminta kami memulangkan warga negara mereka, kami akan melakukannya dan dalam kes ini, negara ketiga (Thailand) membuat permohonan bagi menjalankan siasatan berkaitan kes pengeboman di negara itu.


“Kami sedia membantu serta menandatangani dokumen berkaitan, namun ia perlu diserahkan kepada mahkamah untuk dibuat keputusan.


“Kami kini hidup dalam dunia tanpa sempadan dan jenayah boleh berlaku melintasi sempadan. “Berikutan itu, kerjasama erat semua negara dan perkongsian risikan beberapa negara diperlukan bagi membanteras kegiatan keganasan,” katanya pada lawatan ke kuarters kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen di Setia Tropika di sini, semalam.

Pada 15 Februari lalu, Jabatan Imigresen menahan seorang lelaki warga Iran di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang, Selangor selepas dia tiba dari Thailand sehari lebih awal.

Sumber : myMetro

No comments: