Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Maybank jalin kerjasama dengan 4 rakan Myanmar

KUALA LUMPUR: Maybank muncul sebagai bank tempatan pertama yang akan menawarkan perkhidmatan kepada pekerja Myanmar di Malaysia untuk menghantar wang ke negara mereka, selepas menandatangani perjanjian dengan empat rakan kongsi, hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata perkhidmatan itu menyaksikan kira-kira RM38 juta dalam pemindahan wang tahun ini dan membantu merangsang sasaran pertumbuhan 20 peratus dalam keseluruhan nilai penghantaran wang daripada RM2 bilion pada 2011.
"Perkhidmatan baru ini akan menyaksikan transaksi penghantaran wang dari Malaysia ke Myanmar melalui platform elektronik melalui cawangan Maybank dan gerai forex ke bank masing-masing di Myanmar," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian berkenaan di sini.
Empat rakan kongsi Maybank di Myanmar itu ialah Asia Green Development Bank, Co-operative Bank, Ayeryarwady Bank dan Kanbawza Bank.

"Maybank Money Express berkembang dengan ketara sejak dilancarkan pada 2010 dan kami kini meliputi 10 negara dengan perkhidmatan ini termasuk Indonesia, Vietnam, Pakistan, India, Nepal, Filipina, Singapura, Brunei dan terkini Myanmar," katanya.

Beliau berkata, Maybank kini merupakan peneraju dalam segmen penghantaran wang pekerja dengan 32 peratus bahagian pasaran dalam negara ini.

Pada 2010, pekerja asing menghantar RM5.6 bilion.
Sementara itu, Abdul Wahid berkata, Maybank merupakan antara 16 bank asing yang mewujudkan pejabat wakil di Myanmar dan menunggu untuk kelulusan daripada pihak berkuasa Myanmar untuk mmebuka cawangan di sana. - BERNAMA

No comments: