Tuesday, 13 March 2012
Mayat reput di rumah kedai
GEORGETOWN - Misteri gagal dihubungi akhirnya terjawab apabila seorang lelaki dijumpai mati di sebuah rumah kedai berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) awal pagi kelmarin.
Jurucakap polis berkata, mayat Wan Hock Pin, 60-an ditemui hampir reput dalam keadaan bogel berhampiran tandas di rumah kedai itu.
“Kematian lelaki itu hanya disedari apabila anak lelakinya gagal menghubungi mangsa dalam tempoh tiga minggu. Anak lelakinya curiga selepas gagal menghubungi mangsa tergerak hati untuk pergi melihat bapanya. Sampai di sana, dia mendapati pintu rumah kedai berkunci,” katanya.
Menurutnya, anak mangsa kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai bagi membantu membuka pintu itu.
“Setelah tiba di tempat kejadian, anggota bomba meninjau rumah kedai berkenaan dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan tertiarap di luar tandas. Mereka kemudian memecahkan pintu rumah kedai berkenaan dan mengambil masa kira-kira 10 minit,” katanya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut. Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
sumber : sinarharian
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment