Partime Job

Friday 9 March 2012

Mayat hangus kena bakar dalam lubang

PASIR GUDANG – Polis menemui mayat hangus terbakar dalam sebuah ladang kelapa sawit Nusa Damai, Kota Masai dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, ketika ditemui, mayat berkenaan berada dalam sebuah lubang dalam ladang berkenaan pada jam lebih kurang 9.20 pagi hasil maklumat orang awam.

“Kita tidak dapat mengenal pasti jantina dan identiti mangsa kerana keadaan yang telah hangus hingga tinggal rangka sahaja.

“Siasatan awal polis mendapati, mangsa orang dewasa dan telah dibakar di dalam lubang yang digali di ladang itu juga.

“Polis sedang menyiasat secara terperinci kes itu termasuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Roslan berkata, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga masing-masing atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan yang dijalankan.

“Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat,” katanya

sumber : sinarharian

No comments: