Partime Job

Friday 30 March 2012

Mayat bayi: Pemandu lori, pekerja kutip sampah dicari

KUALA TERENGGANU - Polis sedang mengesan pemandu lori dan beberapa pekerja mengutip sampah bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang bayi di tapak pembuangan sampah di Kampung Mak Chili, Cukai, Kemaman Selasa lepas.

"Bayi berkenaan dipercayai dibawa oleh lori sampah Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut sekitar pukul 3 petang dan kami masih gagal menemui petunjuk berkaitan kes berkenaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan kepada pemberita hari ini.

Pihak polis percaya sampah beserta mayat bayi lelaki itu dipungut di sekitar Cukai.

Beliau berkata bayi itu diperayai meninggal dunia ketika dilahirkan dalam tempoh 12 jam sebelun mayatnya ditemui oleh pekerja ketika menjalankan proses pembersihan di tempat pembuangan sampah tersebut.

Mayat ditemui di dalam sebuah beg pakaian kira-kira 5.50 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. - Bernama

No comments: