KUCHING: “Wanita ini datang menemui saya umpama ‘penyelamat’, tetapi dia sebenarnya tidak ubah seperti syaitan bertopeng manusia.”
Demikian luahan bekas keldai dadah, Wan Lydiawati Abdul Majid, 25, yang sebelum ini meringkuk empat tahun di dalam penjara kerana didapati bersalah menyeludup kokain seberat 2.2 kilogram di Trinidad dan Tobago pada Jun 2007.
Ketika menceritakan pengalaman ngeri di depan 600 tetamu di sebuah hotel, di sini, Wan Lydiawati berkata, dia mula diperangkap selepas lebih dua minggu mengenali wanita itu yang dipanggil ‘Kak Siti’.
Katanya, Kak Siti diperkenalkan kepadanya oleh rakan kolejnya di Kuala Lumpur, sebelum wanita itu mengajaknya melancong ke luar negara.
Menurutnya, dia terpedaya dengan penampilan wanita terbabit yang dilihat cukup peramah, malah sempat mengajak bermalam di rumahnya di ibu negara sambil menunjukkan dua anak kononnya mahu menonjolkan dirinya sebagai ibu penyayang.
Sumber : myMetro

No comments:
Post a Comment