Partime Job

Tuesday 27 March 2012

Majikan paksa jurujual bateri bayar hutang tujuh along

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual bateri bukan saja dipaksa menjelaskan hutang berjumlah RM200,000 dipinjam majikannya daripada tujuh along, malah turut dibelasah samseng along terbabit disebabkan enggan menandatangani surat perjanjian pembayaran bagi pihak majikannya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.50 petang di Jalan Klang Lama, di sini mangsa cedera di muka selepas dibelasah samseng along terbabit.


Menceritakan kembali kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Leong, 26, berkata ketika dia berada di pejabatnya, majikannya mengajak keluar minum kerana mahu berbincang mengenai akaun bagi penjualan bateri.

Menurutnya, dia mengikutnya ke sebuah restoran makanan segera berdekatan tempat kerjanya, namun terkejut selepas mendapati tujuh lelaki lain menunggu kedatangan mereka.


“Majikan meminta saya melihat akaun pembelian bateri dan meminta saya mencari jalan penyelesaian kerana mengalami kerugian kira-kira RM200,000.


“Tidak cukup dengan itu, dia meminta along berkenaan untuk menuntut hutang itu daripada saya sebelum seorang daripada mereka mengarahkan saya untuk menyerahkan telefon bimbit, kad pengenalan dan kad ATM. Apabila saya enggan, mereka menampar dan memukul kepala saya,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan.

sumber : mymetro

No comments: