MEXICO: Pihak berkuasa di Chihuahua, kawasan yang paling banyak keganasan berlaku, telah mengharamkan kumpulan muzik popular, Los Tigres del Norte daripada membuat persembahan konsert menyanyikan lagu dadah.
Lagu yang memuji pengedar dadah, atau dikenali sebagai “narcocorridos” menarik ramai peminat sejak beberapa tahun lalu dari Mexico City hingga ke Los Angeles.
Kumpulan popular Los Tigres del Norte diharamkan daripada membuat persembahan di Chihuahua “keranat elah memainkan tiga lagu yang mempertahankan jenayah, pada hujung minggu lalu.”
Kumpulan itu akan menyanyikan lagu mengenai dadah mereka yang terkenal ketika konsert di Chihuahua dan bandar sempadan, Ciudad Juarez pada Ahad lalu.
Mereka mengumumkan di Twitter bahawa mereka terperanjat dengan pengharaman itu kerana mereka tidak tahu lagu dadah diharamkan di situ.
Pegawai di bandar itu berkata, kumpulan itu telah diberi amaran tiga bulan lalu yang lagu itu diharamkan “untuk mengelak pergaduhan atau memuja penjenayah.” - AFP

No comments:
Post a Comment