Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Berebut pistol, banduan terbunuh

MANILA: Dua lelaki yang dipenjara setelah mengaku merogol dan membunuh seorang gadis berusia 17 tahun, dibunuh malam kelmarin di ibu pejabat polis Manila apabila seorang daripada mereka dikatakan cuba merampas senjata seorang pegawai polis ketika dia diarahkan mengosongkan baldi air kencing banduan, di tandas.

Jurucakap Bahagian Homisid Polis Manila, Inspektor Kanan Ismael de la Cruz berkata, suspek, Roderick Soliveres, 28, yang ditahan sejak Sabtu lalu cuba merampas senjata milik Ramil Dimaguiba, anggota yang bertugas, pada jam 10 malam.
Ketika Soliveres dan Dimaguiba bergelut, senjata itu meletup dan tertembak Cecilio Bacolo, 19, tepat di dada. - Manila Post

No comments: