Thursday, 15 March 2012
Kerana RM5 sanggup ugut adik
KUALA TERENGGANU - Hanya kerana ingin mendapatkan RM5, seorang abang bertindak mengugut adiknya sendiri dengan mengacukan parang dalam kejadian 10 Mac lalu di Wakaf Chagak, Batu Rakit, di sini.
Akibat perbuatan itu, tertuduh Ahmad Azizol Mohd, 27, dikenakan denda RM2,000 dan berdepan dengan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah masuk kediaman adiknya di Wakaf Chagak, Batu Rakit dan meminta RM5, sambil mengacukan parang ke arah adiknya, Ahmad Azrizan Mohd, 21 tahun.
Bagaimanapun, adiknya itu berkeras dan tidak mahu menyerahkan wang seperti diminta.
Secara kebetulan, kakak sepupunya yang melihat kejadian itu telah memberikan duit kepada tertuduh bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, sebelum tertuduh bertindak melarikan diri.
Adiknya itu kemudian membuat laporan polis dan tertuduh ditahan keesokannya pada jam 8.30 pagi di tepi jalan, di Kampung Darat Batu Rakit.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 iaitu dengan sengaja membuat ugutan jenayah.
Dia bagaimanapun mengaku bersalah di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming
sumber : sinarharian
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment