Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Kera liar ancam penduduk


Kelibat kera liar yang banyak muncul di daerah Tampin dan semakin ditakuti penduduk terutama terhadap keselamatan kanak-kanak.

SEREMBAN 14 Mac - Sebanyak 439 aduan baru gangguan hidupan liar dilaporkan penduduk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Mohd. Zaide Mohamed Zin berkata, aduan berkenaan tidak termasuk yang berulang diterima pihaknya dan kesemua itu telah pun diambil perhatian dan tindakan.

''Daripada jumlah itu, aduan baru gangguan hidupan liar melibatkan kera adalah yang tertinggi iaitu 284 kes, berbanding hidupan lain seperti harimau kumbang dan tapir," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Kata Mohd. Zaide, melalui statistik tahun lalu, daerah Tampin merupakan yang tertinggi melibatkan aduan baru gangguan kera iaitu sebanyak 78 kes, diikuti Port Dickson sebanyak 32 kes.

sumber : utusan

No comments: