Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 6 March 2012

Kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Taman Sentosa di sini malam tadi.

Mayat K. Keswini ditemui rentung dalam sebuah bilik di rumah itu dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata ketika kejadian, kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan emak saudaranya manakala ibu dan bapanya berada di pekan.

"Datuk, adik dan emak saudara mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa dipercayai terperangkap di dalam bilik kerana api marak begitu cepat," katanya kepada pemberita di sini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Penolong Penguasa Roszaman Wok berkata kebakaran pada pukul 10.10 malam itu dapat dikawal dalam masa 13 minit.


Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat. -- BERNAMA

Sumber : MyMetro

No comments: