Partime Job

Monday 19 March 2012

Kanak-kanak 2 tahun derita kanser saraf rayu bantuan

SUNGAI PETANI - Walaupun baru berusia dua tahun, Muhammad Fakhrul Mikail Mohd Farid terpaksa menanggung kesakitan yang amat memeritkan setelah disahkan menghidap penyakit kanser saraf (Neuroblastoa Cancer) sejak Mei tahun lalu.

Muhammad Fakrul, yang tinggal di rumah datuknya di Taman Aman Jaya, Sungai Lalang dekat sini, disahkan menghidap penyakit itu selepas melakukan pemeriksaan doktor pakar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani kerana mata kirinya membengkak.

Ibunya, Zuraida Abu Bakar, 30, berkata sebelum ini anak sulungnya itu mengalami demam biasa namun berterusan dan setelah menjalani ujian darah serta sampel tisu mata, kanak-kanak itu disahkan menghidap kanser.

"Anak saya kemudian dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani rawatan susulan, termasuk menjalani kemoterapi selama enam bulan bagi memulihkan penyakitnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Aman Jaya dekat sini.

Zuraida berkata kanser itu kini merebak ke bahagian bawah ketiak, tulang rusuk dan bahagian pusat serta memerlukan rawatan kemoterapi selama enam bulan lagi.

Muhammad Fakrul turut menderita setelah kedua-dua kakinya patah ketika bermain seorang diri di rumah dua minggu lalu dan dia kini dijaga sepenuhnya oleh ibu, datuknya Abu Bakar Yusof, 60, dan neneknya Che Mah Harun, 57.

Zuraida berkata anaknya juga hanya minum susu khas berharga RM30 yang hanya mampu bertahan selama tiga hari.

Pendapatan suaminya Mohd Farid Yusof, 36, sebagai buruh kontrak di Prai, Pulau Pinang sekitar RM800 sebulan tidak cukup untuk menampung kos rawatan anaknya yang mencecah RM2,000 sebulan.

Orang ramai yang prihatin dengan nasib Muhammad Fakrul boleh menghulurkan bantuan kewangan melalui akaun Maybank Zuraida Abu Bakar, 152050065164 atau terus menghubunginya di talian 019-4271276. – Bernama

No comments: