KUALA LUMPUR: Lebih 70 peratus penagih di Malaysia lebih gemar mengambil dadah jenis ‘upper’ seperti syabu berbanding jenis lain dan ada antaranya mencuba bahan terlarang itu ketika di bangku sekolah menengah.
Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi berkata, dadah sintetik itu sungguh popular, sekali gus membuatkan ramai penagih di kalangan pengguna dadah itu dirangsang sehingga berfikiran separuh sedar lalu menjurus kepada tindakan agresif jika permintaan mereka tidak dipenuhi.
“Dadah jenis ‘upper’ mencetuskan keberanian luar biasa kerana individu di bawah pengaruh dadah syabu tidak sedar mereka melakukan perkara yang membahayakan diri dan orang berhampiran, terutama ahli keluarga.
“Penggunanya di kalangan anak muda yang berjinak-jinak dengan dadah akibat pengaruh rakan sebaya,” katanya mengulas isu penagihan syabu di kalangan remaja di negara ini.
Menurutnya, tidak hairan sesetengah kes keganasan terlampau mahupun luar biasa kerap dilaporkan kebelakangan ini berpunca daripada pengambilan dadah terbabit.
sumber mymetro

No comments:
Post a Comment