AYER KEROH – Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena siri jelajah Karnival Pendidikan Mara 2012 bersama JobMalaysia ke-9 negeri, bermula semalam.
Lebih 2,500 peluang pekerjaan ditawarkan, 500 daripadanya dalam bidang kejuruteraan di Melaka pada karnival yang berlangsung dan berakhir hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Abd Rahim Abd Ghani berkata, kerjasama julung kali diadakan bersama JobMalaysia dan Yayasan Bank Rakyat membuka peluang besar kepada pencari kerja dan pelajar lepasan sekolah.
“Tahun lalu, seramai 200,000 pengunjung hadir pada karnival ini bagi membantu memberi kefahaman kepada pelajar untuk menentukan hala tuju pendidikan serta penentuan karier.
“Kita membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar dan pencari pekerjaan untuk menentukan hala tuju pendidikan dan karier,” katanya pada sidang media sempena Karnival Pendidikan Mara 2012 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.
Bertemakan Jalur Kerjaya Anda, penganjuran kali ke-13 itu memfokuskan pelajar memilih bidang bertepatan dengan minat dan impian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik.
sumber : sinarharian

No comments:
Post a Comment