Partime Job

Saturday 10 March 2012

Ikan Kod Rock N Roll

Aii kawan2.. lama tak letak resepi dari program Chef CIlik.. Ini Resepi dari episod 3.. Selamat Mencuba !


Ikan kod dianggap sebagai raja segala ikan kerana isinya yang lembut dan penuh kebaikan. Ia merupakan ikan yang digemari hampir semua kanak-kanak. Buktinya, populariti hidangan fish and chips! Isi labu yang berkrim dan sayuran rangup pula pasti akan membuka selera anda.

BAHAN-BAHAN
Ikan Kod Filet Segar 200gm

Bahan A:
Air 150gm
Minyak Zaitun 3 titisan
Batang Sadri (celery)50gm
Garam 2gm
Perahan Buah Lemon 1/2 biji
Serbuk Lada Putih 2gm

Bahan B:
Broccoli 50gm
Asparagus 50gm
Kacang Hijau Manis 50gm
Kobis Brussel Sprout 50gm

Bahan C:
Buah Labu 150gm

Bahan D:
Susu Dugro Fruits & Vegetables 100ml
Serbuk Lada Putih 2gm
Garam 2gm

Bahan Taburan:
Serbuk Kayu Manis 2gm

KAEDAH MASAKAN
Bersihkan dan rebuskan bahan A dengan api atau suhu haba yang sederhanaMasukkan Ikan Kod ke dalam rebusan tadi di suhu haba sederhana selama 10 minitSementara itu... sediakan periuk kukus dan kukus bahan B sehingga hampir hempukRebuskan bahan C sehingga hempuk dan lenyekkan serta masukkan bahan D sebati sekata Letakkan di dalam pinggang dan tabur dengan serbuk kayu manisLetakkan sayuran kukus tadi dan Ikan Kod serta hiaskan dengan daun dill dan buah zaitun

No comments: