Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Fasha Nikah 28 April, Sanding 28 Mei 2012

Ketika ini hangat diperkatakan adalah mengenai majlis perkahwinan pelakon hebat Fasha Sandha. Ramai yang berteka-teki mengenai tarikh majlis pernikahannya itu.


MH juga mendapat sumber maklumat yang memberitahu bahawa pelakon ini khabarnya akan bernikah pada 28 April di rumah barunya di sekitar kawasan Ampang dan akan bersanding sebulan selepas itu iaitu pada tarikh 28 Mei.

Menariknya majlis persandingan tersebut akan diadakan di Perlis di tepi tasik dengan kos semuanya ditanggung oleh Fasha sendiri tanpa mengharapkan tajaan.

“Ramai yang mahu menaja majlis Fasha ini tapi Fasha enggan. Katanya, dia tidak mahu terikat dengan sesiapa. Malah ada juga stesen TV yang mahukan hak eksklusif, namun Fasha menolaknya dengan cara baik,” jelas sumber tersebut lagi.


Untuk info, tarikh lahir Fasha jatuh pada tarikh 28 Mac.

sumber : mediahiburan.karangkraf.com

No comments: