Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Perak

IPOH - Dua penunggang motosikal termasuk seorang remaja, terbunuh dalam kemalangan berasingan di negeri ini semalam.

Ketua Trafik negeri DSP Mohamad Roy Hashim berkata dalam kejadian pertama, seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Hutan Melintang-Teluk Intan malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Hazrul Hasan, 19, berasal dari Hutan Melintang, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya dalam kejadian 11.20 malam itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah kereta dari arah bertentangan menyebabkan pemuda itu tercampak ke atas jalan.

Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah kelinik di Hutan Melintang dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat, katanya.

Dalam satu lagi kejadian, Mustakim Saat, 23, maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh penghadang jalan di Km 243.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar.

Beliau berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke sini gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya berkenaan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, katanya.- Bernama

No comments: