Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Dikurung dalam makmal dadah


ANGGOTA polis membawa seorang lelaki yang terselamat selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Sungai Long, Kajang, Selangor semalam.

KAJANG - Nyawa seorang lelaki Indonesia ternyata masih panjang walaupun dia terjatuh dari tingkat empat Kondominium Forest Green, Sungai Long di sini ketika cuba lari daripada empat pengedar dadah yang mengurungnya sejak empat hari lalu.

Kejadian pukul 6 pagi semalam itu berlaku apabila mangsa dari Acheh yang berusia lingkungan 20-an bertindak nekad keluar melalui tingkap salah sebuah rumah di tingkat enam yang disewa sindiket tersebut selepas tidak tahan dikurung.

Ketika itu, empat lelaki tempatan terbabit tidak menyedari tindakan mangsa.

Difahamkan, ketika sampai di tingkat empat, mangsa telah tersalah langkah lalu terjatuh menyebabkan tulang rusuk kanannya patah.

Dia kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu kondominium yang dijadikan makmal memproses syabu tersebut dan menahan empat lelaki pada pukul 8 pagi.

Katanya, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Desa Damai Perdana, Cheras dan menahan seorang lagi lelaki. Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an.

sumber : kosmo

No comments: