Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 1 March 2012

Dato' Malek Noor Kahwin 12 Mac 2012


Tahniah MH Online ucapkan buat bekas juara bina badan Asia, Dato' Malek Noor yang akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya dari Kota Bharu yang merupakan seorang doktor pada 12 Mac ini. Majlis pernikahan akan berlangsung lebih kurang jam 11 pagi bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu manakala majlis resepsi pula akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

Lebih istimewa, majlis resepsi akan turut dihadiri ramai tetamu kehormat termasuklah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut selebriti berusia 56 tahun ini, persiapan majlis sedang rancak dijalankan ketika ini.

"Kebanyakan persiapan diuruskan oleh keluarga bakal isteri saya di Kota Bharu. Saya sampai sana untuk bernikah saja nanti," seloroh Dato' Malek Noor ketika dihubungi MH sebentar tadi.

Sumber : http://mediahiburan.karangkraf.com

No comments: