Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 2 March 2012

Bayaran khas mula dibayar esok

PUTRAJAYA: Bayaran khas RM3,000 seorang secara ‘one-off’ atau sekali saja kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mula diagihkan esok bermula di Kelantan dan disusuli negeri lain.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek, berkata 560 orang akan menerima bayaran itu di Kelantan yang dijangka disampaikan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada satu majlis di kediamannya esok.
Katanya, pembayaran seterusnya dibuat di Sarawak membabitkan 220 penerima pada 12 Mac, Terengganu pada 14 Mac (257 penerima), Johor 15 Mac (555 penerima), Perlis 18 Mac (225 penerima), Melaka 19 Mac (350 penerima), Pahang 20 Mac (550 penerima) dan Negeri Sembilan pada 21 Mac kepada 233 penerima.
“Selain itu, seramai 550 orang akan menerima bayaran di Kedah pada 22 Mac, Perak 25 Mac (670 penerima), Pulau Pinang 28 Mac (255 penerima), Selangor 786 penerima dan Wilayah Persekutuan 120 penerima.

“Tarikh bayaran untuk Selangor dan Wilayah Persekutuan belum ditentukan,” katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah KEMAS, Hassan Mohd Amin dan Presiden (PBKAM), Datuk Melati Ali.

Hasan berkata, kerajaan memperuntukkan RM18 juta sebagai bayaran pengiktirafan serta penghargaan kepada 6,000 bekas kakitangan kontrak KEMAS.
“Bekas kakitangan KEMAS yang layak boleh berhubung dengan pejabat KEMAS atau PBKAM untuk mendapatkan borang permohonan,” katanya.


Sumber : Berita harian

No comments: