Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Bandar raya perubatan terbaru bakal dibina

MAKKAH: Kementerian Kesihatan mendedahkan rancangan untuk membina bandar raya perubatan baru di Makkah dan di luar tanah Haram.

Timbalan Ketua Pengarah Hal Ehwal Kesihatan di daerah Makkah, Hussein Ghanam berkata, kementerian sedang menyediakan rancangan dan rekaan kejuruteraan untuk bandar raya terbabit yang akan dibina di lebuh raya Makkah-Jeddah selepas pusat pemeriksaan Shumaisi. “Projek bandar raya itu akan dilaksanakan di kawasan luas merangkumi lebih tiga juta meter persegi. Disebabkan bandar raya itu berada di luar tanah haram, kementerian akan menggunakan khidmat pekerja perubatan bukan Islam, termasuk pakar perubatan,” lapor akhbar harian al-Madinah memetik kenyataannya.


Hussein berkata demikian ketika merasmikan forum perkhidmatan sosial kedua yang dianjurkan jabatan kesihatan Hospital Raja Abdulaziz di kawasan al-Zaher di Makkah, semalam. - AN

No comments: