Partime Job

Thursday 22 March 2012

6 jaga 180 budak

JOHOR BAHRU: Kekurangan pekerja berbanding jumlah penghuni mengakibatkan pengurusan rumah perlindungan di Kuantan, Pahang yang dihuni tiga anak Hamidah, tidak mampu memberikan perhatian sepenuhnya kepada semua penghuni.

Jurucakap rumah perlindungan itu berkata, pihaknya mempunyai enam pekerja yang menjaga 180 kanak-kanak membabitkan bayi berusia beberapa bulan hingga berusia 12 tahun.


Menurutnya, disebabkan kanak-kanak yang tinggal di situ berasal daripada pelbagai latar belakang dan mula bergaul di situ, ia mula mengganggu kesihatan penghuni termasuk jangkitan kudis.

Katanya, bagaimanapun jangkitan dialami itu dirawat doktor yang mengunjungi dan menjalankan pemeriksaan kesihatan setiap Khamis.


Menurutnya, menu makanan disediakan mengikut nasihat pakar diet dan mengikut kategori usia kanak-kanak.


Katanya, penghuni di situ diberikan makanan sihat sekurang-kurangnya enam kali sehari dan dalam kuantiti disyorkan pakar diet.

“Oleh itu, sepatutnya tidak timbul masalah berkaitan pemakanan kerana kami mengikut garis panduan diberikan.


“Mungkin anak ibu tunggal berkenaan berusia lima tahun mengalami susut badan kerana tidak lagi meminum susu dalam botol sebaliknya dilatih menggunakan cawan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor, Khatijah Abdullah berkata, sekiranya Hamidah mahu mendapatkan semula anaknya, pihaknya tiada masalah untuk menghulurkan bantuan.

sumber : mymetro

No comments: